expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 27 March 2017

PERCUTIAN BAJET KE PULAU KAPAS BAWAH RM300 untuk 2 org!


Assalamualaikum korang..
23 Mac 2017

Saje nk share percutian singkat VS percutian bajet kami. Sempena Anniversary kami yg ke 3 tahun 22Mac2017.Hepy anniversary sayang!!
So kami decide untuk ambil cuti 23-24 Mac.
Alang2 nk balik kampung di Terengganu so kami decide nk lepak Pulau kapas 1 malam. Sebenarnye ini bukan kali pertama kami ke Pulau Kapas so saje nk menggamit kenangan mase mula2 kawen honeymoon kat sini sbb 15 mnit je dri rumah sy hohoho.
Oh lupe kami book via Agoda Dpt RM150.66 Deluxe Garden view inc breakfast for 2 person.
Sebelum ni hampir xjadi sebab dpt pakej RM170 per head. Kami sebenarnye dtg nk relax n chill je. Snokelling kalau nk blh ambik kat sane je. So sape2 yang nk ambik pakej mereka juga sedia pakej2 .so bila buat kira2 kami dah jimat yeayy!



so kami gerak dari kuantan jam 10pg selow2 rilex2 je. Perut dah berkeroncong so asben decide nk makan di kedai favorite die di Cherating RC restoren.Kami suke singgah RC restoren yg btl2 selepas cherating. untuk makluman korang sblm cherating pon ade RC jugak tp kedai kecik skt. Ade lebih 70 jenis lauk than my favorite is Ikan Bakar Tsunami.


 

 

Total lunch : RM30.00

Alhamdulillah perut dah kenyang,kami mulakan perjalanan ke Pulau Kapas.untuk korang yg first time nk dtg senang je signboard die. lalu jln pantai lgi senang. Dah nampak Masjid Besar Marang ni trus ambik side kanan. nnti masuk kanan. #ade signbord ke jetty pulau kapas.

sampai simpang tiga ni ambik kanan okey

 
 
 
BOT 2 person: RM80.00
Parking kereta 1mlm: RM7.00
Alhamdulillah ngam ngam soi smpai jety jam 2.30 pm. terus p beli tiket bot.Tiket bot laju Rm80 utk 2 org pg-balik. nnti ble da pking ade org akn dtg collect duit parking Rm7.00 .
Kat Area jetty ni byk pejabat urusan untuk korang beli tiket bot so boleh pilih. Biasanya saya mmg ambik MGH (sbb lepas booking terus call dorang) Boleh call no di bawah untuk tanye ape yang korang perlu okay.

MGH BOAT 09 618 3166/ENCIK IZA 016 922 5454

Sementara tunggu boat sampai boleh la bergambar di area jetty atau buat ape yang patut. Kat area jetty ade surau toilet dan tempat makan pon ade. dan ade anak2 bulus yang comel2 ni.
 Tarikh kami bercuti ni kebetulan musim cuti sekolah,so memang ramai anak2 yang rajin tolong ayah2 nya angkut barang ke bot.
 
 
 
 
Haa nampak tak boat kat bawah tu tula bot yang kami naik. Laju rase macam nak terbang.Teringat naik bot ke Pulau perhentian. Kira bertuah sebab ke pulau kapas dalam 15 minit je. Kebetulan sy dan suami naik skli remaja2 yang nk ke sane juga. nampak keterujaan mereka. hahaha tapi bile di tanya mereka belum dpt mane2tpt nk tido. dorang just stanby khemah.

Selepas hantar remaja2 td ke chalet yang dorang nk pergi tu, bot terus hantar kami ke Kapas Island resort. wuhuuuuu cantik amat. Kiteorang tak pernah checkin area sini. biasa checkin blah Kapas coral resort yang boleh nmpak Gemia island nun. tp sini best jugak boleh mandi2 bawah jetty teduh sikit.

 

 
 
 
 

Bilik kami no 54 mengadap hutan .haha tapi tak takut sangat sebab sebelah rumah ade family yang checkin. Untuk korang yang nk tau Kapas island resort, ni dorang pakai generator (ape ntah panggil) elektrik hanya ada pada jam
8.00 am hingga 4.00 pm
7.00 pm- 12 pm

Tapi malam tu kami bertuah sebab dorang tak tutup elektrik jam 12mlm. Mungkin sebab ramai family checkin kot. tapi dorang tutup pagi jam 8am sampai 12 pm. Mase tu sume pergi breakfast dan mandi manda. SERONOK!
 
 
 
 
ni view dari beranda kami. cantik kan.
  Untuk makluman korang dekat kapas island resort ade kawasan perkuburan. Alfatihah.
 
Kami selesai checkin dalam 3.45pm so ade 15 minit sebelum elektrik ditutup. kami pun siap2 nk lepak2 tapi sangat panas nk jalan2 . So kami mandi area jetty ni teduh skt. join family ni mandi. Oh lupe kt sini ade satu kedai sewa untuk snokeling. kalau dekat CAPTAIN'S LONG KAPAS ISLAND pun ade dalam RM25 satu set. Kami datang just nk lepak2 so mandi camtu je so tak ambik mane2 pakej snokeling.
 
 
Memang takdir selalu g mane2 mesti akan jumpe cik bulus. geram sume gemuk2. Kat bawah ni namenye Bob. 

Bila dah puas2 mandi dalam jam 6.30pm kami masuk bilik bersihkan badan dan siap2 konon nk tgk matahari terbenam. heee jalan2 sampai ke hujung. mmg lawaa. kat area kami checkin ada Coco kapas island dan Captain's long house kapas .Memang meriah ramai yang checkin sana.Kebanyakannye Mat Salleh.
 
 
 
 
 
 Dah puas jalan2 kami agak lapar than jalan2 sampai hujung pulau.Nak dijadikan cerita malam tu blackout (yang blah kapas coral island resort)Dorang ckp ade problem skt mlmt tu.. so kami pusing balik makan di restoren tpt kami checkin Selayang Cafe. Tempat kami checkin mmg ade timer tak de elektrik. So tempat kami je yang ade elektrik. perut dah lapar sangat so kami order nasi goreng kampung telur mata dan nasi goreng Selayang
air tea tarik,mineral botol besar dan tea o ais 2 total RM30 .
Alhamdulillah kenyang dan sedap. boleh tido dlm lena..
Makan Malam RM30.00
Dalam jam 10mlm kami masuk bilik sebab nk caj hp tkt la jam 12mlm nnti tak de elektrik. tp nasib kami baik mcm sy ckp di atas mlm tu dorang tak ttp elektrik . Kat bilik tak de tv tau. mase ni la ko nak talk2 laki bini. hahhahah oke tido dlm 12 mlm jugak. layan2 borak2 kosong.Actually masing2 penat berenang sangat tadi (konon).
24 Mac 2017 Selamat pagi Pulau Kapas.
jam 7.45 pagi kami dah keluar breakfast tu pun dah ramai okey. makan jela ape yang ade. Tp trip kali ni kami beli roti, air dan sikit bekalan so tak la risau kan kalau lapar. Makan tak boleh banyak sangat sebab kami nak sambung berenang renang renang..
Dalam jam 10 am kami masuk bilik siap2 rest jap . jam 12pm dah kena checkout. kalau lambat kena byr RM70 okay. Adik receptionist ckp ade bot jam 12.30pm. kami mencuba nasib pg jela.nasib tak full. sebab semalam akak kat opis bot ckp boat kami plg awal 11.30 am dan 1.30 pm dan lain sume petang.
 
 
 
bye bye Pulau Kapas. Even dah banyak kali datang tapi memang kami kaki lepak pulau so tak pernah ade perasaan puas.(kami dah boring snokelling sbb tu mandi manda je) .Tempat ni mmg highly recommended untuk sape2 yang nk dtg 2h1m, 3h2m atau trip 1day dan yg penting utk yg mula2 nk berjinak lepak pulau. boleh snokeling, berenang sampai muntah.hahah
*sesuai je untuk yang ade anak kecil mungkin boleh request nk naik bot yang besar MGH tu. Ramai je yg datang bawak anak2 kecil.Pulau ni tak jauh so insyallah tak de masalah

Alhamdulillah selamat sampat jetty dalam jam 1tengahri. So terus hantar suami solat jumaat di Masjid Marang.

Perut lapar so sy dengan gigihnye waze Warung Pok Nong di Batu Rakit. Sampai dalam jam 3pm kedai bukak jam 3.30pm. so bile masing2 dah tengah kebulur kami ke warung ( dekat je ngn warung pok Nong) makan tengari di sana.


Makan tengahari RM30.00
Dah kenyang perut pun suka hati kami pulang ke rumah saya iaitu 15 minit je dari pulau kapas. tido satu malam jumpe family sebab da lame tak balik kg.  Malam tu sempat bawak mak ayah p dinner. Maaf gambar tak lawa sebab ambik gambar curi.
dan esoknye terpaksa pulang ke Kampung suami kerana ada emergency.

Oke sebelum balik tak sah kalau tak beli ape2 kan. Untuk korang penggemar keropok lekor sy recommended kedai ni KEROPOK LEKOR 008 di pantai kelulut memang SEDAP.Biasanya akan beratur panjang kalau musim2 cuti.


sumber gambar Google
Sumber gambar google
beli keropok satu bungkus je untuk makan2 dlm kereta.
RM5.20 (lupe gst rm brpe) 

Dah setel beli keropok nanti depan sikit akan nampak kedai Bau Asap eeh(Kedai jual kuih Akok) kami suke singgah sebab ade mcm jenis kuih akok. RM0.60  sebab suke sangat kan beli sampai RM6.00


Dah lepas hajat suami nk makan kuih ni. sampai time selesaikan hajat sy pulak. Disebabkan mase otw datang aritu dah nampak tempat ni kami singgah jugak  iaitu Professor Cendol (Merchang branch)

Cendol biasa rm2.00
Cendol Ais krim RM3.00
TAMBAH FREE.
Banyak lagi makanan lain dengan harga berpatutan.
So saya order cendol biasa 2 RM4.00
Rojak buah RM3.00
Total  RM7.00
 
 Kami teruskan perjalanan balik. Sebenarnya kat depan tu ade lagi jual jagung rebus, roti paung. pendek kate perjalanan anda takkan LAPAR. HAHAH

Untuk rujukan korang 
kat bawah ni sy sertakan contact serta kira2 saya ya.

 
 

Ni kira- kira di pulau.
Bekalan (roti, mineral, jem coklat, pisang, milo kotak) RM25
Stok bekalan terpulang pada korang nk stanby tak.sblm ni tak pernah stanby
Bilik RM150.66
makan malam RM30
Parking kereta 1mlm RM7.00
Total:RM212.66

Memang jimat kalau tak termasuk bekalan korang hanya abis dalam rm187.66 shj untuk ke pulau kapas. Kalau korang ambik pakej dorang ade caj rm170 perhead (boat, breakfast.lunch dinner only).

Lain2 (depend korang punye perjalanan)
Makan tengahri di RC RM30.00
Minyak kereta RM50.00
Makan tengahari di warung batu rakit RM30.00
Minum petang di Professor Cendol RM7.00
Beli kuih Akok RM6.00
beli keropok lekor rm5.20

RM128.20
 Lain2 ni sy include kan skli jumlah perjalanan saya sebab saje nk review tpt2 makan sepanjang perjalanan ke sana. jgn salah paham ye 

okey korang selamat bercuti. Moga info yang sy sertakan bermanfaat. 

** camera Hp Samsung s7edge
edit2 sikit je


5 comments:

  1. cantik jugak pulau kapas..ritu saya ada gi...tapi macam side lain kut sebab viewnya berlainan..yg awk gi ni lebih cantik. Photo pun lawa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh kan jimat mase. situ tak mahal sangat.nk relax chill pun best

      Delete
  2. Terima kasih atas sokongan anda dan pasangan semasa menginap di KAPAS ISLAND RESORT.

    Pihak pengurusan KAPAS ISLAND RESORT amat berbesar hati atas perkongsian blog dan gambar yg menarik tentang Resort kami.

    Dengan ini pihak pengurusan kapas island resort ingin menjemput anda dan pasangan ( 2 pax ) untuk bercuti 2 hari 1 malam secara percuma beserta dengan bot transfer, penginapan, makan tengahari,makan malam, sarapan pagi, snorkeling front beach.
    sila hubungi reservation 03-555245419 untuk pengesahan dan maklumat lanjut.
    Tempoh Baucer dari 1st march sehingga 31st May 18.

    Jemputan ini dibuat sempena promosi KAPAS ISLAND RESORT 2018
    di antaranya'UDANG GALAH'di selayang cafe.

    Pengurusan Kapas Island Resort
    Pn Norhaslina Osman / Cik Fasihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak ke pulau kapas 17 mac ni.. Ada promosi ke?

      Delete
    2. sis boleh contact bahagian sale utk latest promotion

      03-55245419 untuk maklumat lanjut.

      Katanya ade promosi KAPAS ISLAND RESORT 2018
      di antaranya'UDANG GALAH'di selayang cafe.

      sy ha ya review tempat perxutian sy lawati.
      😃

      Delete

Thank you for your comment :D