expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 8 January 2019

CSR PROGRAM DI CHERATING

Assalamualaikum sume. Nak share lagi trip aritu ke Cherating.

27 Okt 2018
Kami ade CSR prgram di Cherating bersama Country representative UMP International Commnunity, aku follow jela sesambil bawak Zayne dan asben. Maklumlah sekarang kalau keje konfirm kena bawak dorang ni sebabnya Zayne masih menyusu badan.
Pagi tu dalam 11.00 pagi aku ke Nasi kukus mama  Taman Tas sebab mlm tu aku ade tempah 30 bungkus nasi kukus untuk pelajar dan staf. Da tempah siap2 sebab takut lambat plak sampai ke Cherating

Kali ni aku terpaksa checkin sebab payah ade ank kecik kan. So aku decide Checkin di Ranting Beach Resort ( King bed Parking view RM160.00 1mlm deposit RM50.00) Macam-macam benda kelakar mase booking kat sini. Mula2 booking pakcik yang angkat siap cakap " jap eh nasik lekat kat tekak. berkejo kite angkat fon dah tengah makan nasik" aku dlm fon memang da gelok besor keletah pakcik ni. So mula2 aku booking 3bilik da bank in RM160 as booking. Esoknye tu nk cancel satu bilik call lagi tp name aku tiada dlm booking rupanya pakcik semalam bukan receiptionist. so arini dpt bercakap dengan receiptionist yang betul.terlepas la bilik sebelah2 sbb full booking kot. oke done

Ni bilik kami mengadap parking. senang park dpn bilik je




Kawasan resort bersih je

Dalam 12.15pm aku sampai Cherating dan terus p Check in kt Ranting Beach resort. Mase sampai belum ramai lagi yang checkin. Sementara tunggu bas pelajar sampai kami tgk2 bilik jap.dekat jam 1pm bas pelajar sampai dan terus ke tepi pantai untuk lunch dengan nasi kukus mama td. heheh. tapinye jam 1pm panas lahai so nasib memang bawak tikar2 siap2







Semua da seronok makan sbb lapar kan. oke da dekat kul 2 pm kami siap2 untuk ke Penyu Santuary ( hala ke Club med) ade tayangan video dan tgk penyu. Sampai sane ramai plak group2 yang datang pakai baju biru. Kebetulan group kami pun baju biru jugak. ahha. Okey semua tgk tayangan dan tgk penyu2 kt kolam. paling excited Zayne firdaus la first time tgk penyu.hihi

Korang boleh bawak family untuk tengok tayangan dan juga penyu tau. boleh contact mereka. Free je




First time tgk penyu hahah



Struggle betul oncle naem




Oke da selesai di Turtle Sanctuary kami bergerak semula ke kg Cherating untuk solat dan rest sebentar sementara jam 4pm ade program mangrove dan tanam bakau di Hafiz Cherating. Macam-macam program korang boleh buat tau. g usha fb die.

Sebelum program berjalan akan ade sesi taklimat dulu. Aku memang mintak permission tak join mangrove memandangkan payan nk bawak si kecik ni. nk tgl tkt nangis nk susu pulak. So kami bergambar jelah









Lepas selesai Mangrove dorang ke satu kawasan untuk sesi tanam bakau pulak.



Sementara mereka pg tanam bakau dan mangrove aku pegi tidokan zayne sbb da mengamok panas. Sblm tu singgah makan keropok dan ABC dulu.

Kedai ABC Kak long kt betul2 selekoh lepas Residence in Cherating.



Sementara mummy makan, papa tidokan zayne. hahah 
Lapar sangat order sampai RM7.00 keropok dan pisang, abc dan milo ais total dlm RM11.00

Dalam jam 5.30pm dapat call dari nurul mintak aku ke Rimbun Dahan dulu sebab dorang sampai lambat sikit. Aku pun bergegas ke sane. Rimbun dahan ni menghala ke Kemaman dah dekat pantai chendor. Kebetulan otw ke sane ade program four wheel so memang jem gile laluan tu. laluan tu pulak agak sempit. lame la nk sampai ke Rimbun dahan. Pak su tu da bising cakap kami lambat.



FYI Rimbun dahan ni korang boleh buat program untuk mangrove, tanam bakau dan jugak lepas baby penyu.korang contact je pak su Rimbun Dahan untuk booking 0139264828. Disebabkan kesesakan ni, Bas tak lepas masuk, so pak su offer staf die pegi menjemput pelajar2 ke rimbun dahan dari jalan utama. dlm 2 trip jugakla bru semua sampai.

Sementara tunggu dorang sampai kami pusing2 kawasan rimbun dahan.memang cantik siap ade tpt latihan Muay thai. Zayne seronok sangat la tgk org bertumbuk2 ni.


-Lepas seminggu kami ke sini kami dpt berita Pak su Meninggal dlm kapal terbang. Al fatihah. semoga arwah ditempatkan disisi org beriman .amin

Kata pak su ni sume artwork pelajar2 yg datang buat CSR kat sini. Cantik!






Seperti biasa sebelum program bermula akan ada sesi taklimat oleh pak su.

Staff rimbun dahan sedangkan keluarkan anak2 penyu utk kami lepaskan. dalam 30 ekor anak penyu


Zayne first time tgk baby depan2. kat Sanctuary tadi tgk dari jauh. so Mummy ambik satu untuk lepaskan. so name baby turtle ni Firdaus. hahahahah


Sebelum lepaskan baby penyu tu, kami pun diberi taklimat dan dilarang bukak flash kt hp. 


Alhamdulillah da selesai lepaskan baby penyu. Kami bergegas untuk next progrm tgk kunang-kunang di Hafiz cherating. Yang ni aku mintak excuse tidak join maklumlah malm2 dlm hutan nk bwak budak kan.

So dalam 8.00 mlm aku terus ke Nabil Restoren. Makanan da ready since 6.45pm sbb igt program da selesai. so aku smpai terus tambah order untuk air. So tgk makanan students semua da siap. da sejuk da. jam 9 mlm dorang sampai trus ngap lapar sgt kot. 

dlm kul 10 lebih bas gerak balik UMP. Aku checkin sbb pyh ade ank kecik. so balik tdo la

28 Oct 2018
esok pagi2 konon nak mandi laut. tp tgk zayne n papa da kelaut ats katil. so kami checkout dlm jam 11pg terus breakfast di chendor. 
balik rest esok mau keje.sebenarnye aku lupe nk tulis ape. nnti aku updte story ni. kah kah kah kah. jgn marah.