expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 29 August 2018

CASA HILL RESORT SUNGAI LEMBING kuantan best!

Assalamualaikum semua.

Korang buat ape tu? Harini nk update pasal percutian 18 Ogos yang lalu ke Casa Hill Sungai lembing.Kalau korang nk tau Sg lembing sekarang macam2 ada. Sebenarnye memang selalu dtg kt sungai lembing untuk aktiviti pelajar tapi tak pernah menginap. FYI Weekend kt sg lembing skrg mmg full.byk gile tpt2 cantik.

18-19 Ogos lalu aku dan Zayne follow office papa ade Family Day. KTN TFC FAMILY DAY 2018.
Sebelum tu aku nk  SAY SORRY sebab gambar dari kamera hp semua hilang so tak de gmbar details sgt. 

18 Ogos 2018 2018
Pagi tu sebelum ke Sg lembing kami ke Kuantan City Mall untuk cari pelampung baby. So dapatla harga kurang dari RM20.00.  Kt casa hill ade pool. Pelampung lain dah ade tinggal yang leher je. So first time zayne da pandai tgk sekeliling. tgk kereta api sampai tak berkedip.



So selesai di KCM, dalam jam 1.30 pm kami gerak terus ke Sg lembing sebab katanya jam 2.3opm ade Group photo kt sane. Kami sampai paling awal kt sungai lembing. mase otw hujan lebat amat tp alhamdulillah kejap je. sampai sane dah tak hujan.
kami park betul2 dpn Casa hill fuu cantik tak sabar nk tgk bilik. Tp kami kna tunggu yang lain2 sampai.Memang ramai gile checkin kat Casa Hill ni. maklumlah tempat viral :)




Sementara tu kita makan empire sushi dulu ya.. 

Oh ya kalau ke sungai lembing korang kena makan mee jawa. sini paling famous mee jawa. search je google nnti ade name kedai tu. Sementara tunggu yang lain sampai kami ke kedai makan dulu makan mee jawa dan nasi goreng. perut da lapar sangat.(satu folder gambar dari camera hilang)



 
gambar ihsan google

gambar ihsan google

Okey da selesai makan. Kami berkumpul semula di Casa Hill untuk sesi group photo dan checkin.
aku dan zayne masuk bilik dulu sebab ade budak ni da penat. Tapiii masuk bilik terus menjerit happy sangat lahai. Aku dpt bilik cabin. lawa. nnti aku share pamplet yg sempat ambik untuk rujukan korang.


Ini budak kuat berlakon

Oke da siap2 si zayne ni kite terus pecut keluar sebab semua da tunggu untuk group photo dan pusing2 sg lembing,

INILAH KTN TFC'S FAMILY


Kami semua di bawa pusing naik 4x4 tau. syok.kena pegang kuat-kuat ye .Kami akan dibawa pusing melihat chalet2 yang ade kt sg lembing, muzium sg lembing, jambatan gantung, sungai lembing Tin Mines, Iconic Big Tree dan sekitar. 


Kami duk belakang saje nk tgk si kecik ni oke tak. ni first ride die



Muke first time kena angin kuat ahhaaa



Kami di bawa berjalan2 di sekitar sungai lembing










kami dibawa ke ICONIC BIG TREE

mase balik kami duk depan sebab budak kecik ni mengantuk sangat2.


Oke da selesai pusing2 sg lembing. aktiviti bebas iaitu mandi kolam. mummy so excited !
Paling seronok kanak2 lah sebab mandi kolam. Korang jangan risau kolam tidak dalam so memang sesuai untuk kanak 5thn kebawah. tgk adik2 comel kite ni. 




ni first time zayne mandi kolam


zayne rimas gais. hahah



Oke dah petang semua da penat. time to rest. Malam kami ade dinner jam 8.00 mlm dan ade games. 

Kt sini ade cafe superhero so kami disediakan bbq dan makanan lain yang telah ditempah. 

Cantik kan view malam
Gambar dari fb kak ayu

Gambar dari fb kak ayu


bbq kepak ayam besar gile, dan kebab ayam (gambar hilang)


Gambar dari fb kak ayu

Gambar dari fb kak ayu

Malam tu kami ade games yang disediakan oleh urusetia TFC'S staff. So aku join jugak rugi lah kan.
Pelbagai jenis game cari gula2 dlm tepung untuk kanak2. typing utk dewasa dan byk lagi. 

ni antara hadiah yang disediakan .banyak kot.

Ni game untuk dewasa. typing secepat mungkin. kena tiru sebijik mc kertas yang dorang bagi. stress mak.Yang paling stress teka perkataan. aku buat keje kt office pun tak se stress tu.  ahhaha

Seronok adik2 ni 




Zayne pun menang tanpa bertanding. 

Sebelum selesai dinner. kami dibekalkan roti untuk trip ke air terjun pelangi dan juga yang stay kat hotel. kami tak ambik pakej breakfast. 

Alhamdulillah da kenyang semua. aku dan Zayne cam biasa masuk bilik awal sebab da ngantok. So kami masuk tdo dulu ye papa. Sampai bilik tak tido pulak.Zayne ajak main pulak.


19 Ogos 2018 Ahad
Selamat pagi semua. pagi tu mmg set alarm awal jam 5 . sbb papa ade hiking ke air terjun pelangi. Zayne dan mummy sambung tido. Mummy layan cerita Titanic jam 6pg ahhah.

Selepas subuh group dari TFC gerak ke air terjun pelangi. jauh tau nk masuk dlm.Nak ke sana kena naik 4x4 jugak. memang jauh,Sebelum sampai dorang akn stop tgk matahari terbit dlu.
ni kite share gambar dorang.








 
Dorang cakap pelangi tak nampak sangat. so mandi manda dan makan maggie jela.(maggie dorang akan bekalkan)

ni aku nk share gambar air terjun pelangi mase aku pergi dulu dan paling latest group office aku pegi thn ni.

ni lame kami p




Cantik kan

Sementara kami tunggu dorang pergi air terjun.kami yang kt hotel ni aktiviti bebas. ade yang sambung mandi kolam, ade yang tido heheh.

Budak ini masih tido

Gambar dgn mummy tak pernah lawa

 pg tu aku igt dah jam 10pg terus mandikan zayne rupanya baru 8.30 pagi. siap2 terus turun p kolam tgk kakak dan abang2 mandi kolam. Zayne tgk je tau.


Zayne punye geram kemain tgk abg n kakak mandi. sory awk dah siap mandi da.

dalam jam 9.00 pagi kami masuk bilik.mummy pun mengantok. tido kami sampai jam 12.30 pm. tunggu papa balik. kami blh checkout jam 2pm. tp tak tau so kami keluar jam 1pm .yang lain semua da checkout. ade yang pg makan ade yang balik.

Nampak muke tak nk balik. semua da siap2 nk checkout. my request nk makan waffle di waffle station kat sungai lembing. 

Senang je landmark die sebelah foodcourt besar ni.

boleh tgk fb dorang Kuantan Waffle station.


Kami order 
waffle chocolate peanut
waffle chocolate strawberry
A&W float 

Waffle yang sedap dan gebu gebas.Recommended.
Selain tu dorang ade jual cap utk lelaki lawa2. nk cepat aritu sampai lupe nk grab satu Atabara cap. *kak ade lagi tak tlg simpan kan.*


okay da siap tapau kami terus ke tempat makan. lapar yang amat. Da siap makan semua kami pulang ke rumah masing2.esok kerja laa

Okey before tu aku nk share pamphlet dan korang boleh usha kat fb CASA HILL SG.LEMBING.



Dan banyak lagi chalet2 cantik di sungai lembing. selamat menggoogle ye.  

Rate aku untuk Casa Hill aku bagi 5*.Tempat bersih menarik . Sesuai untuk korang yang suke back to nature. 
Subhanallah cantik dunia Allah .

Terima kasih sudi membaca blog sy. :)

ig:  @saallaluna
email: ciksaallaluna@gmail.com
fb: https://www.facebook.com/ciksaall









No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :D