Assalamualaikum
Saya nak share kebaikan membaca alfatihah.Haritu ade tengok bual bicara agama membincangkan kebaikan membaca alfatihah.
jom layan:
Untuk kebahagiaan dan keselamatan
Dibaca 41x selepas selesai solat sunat qabliyah Subuh
( sebelum solat fardhu subuh) secara berterusan, insyaAllah apa sahaja yang
dihajati akan dimakbulkan oleh Allah. Jika sakit akan sembuh, jika lemah akan
kuat, jika nakkan pangkat akan dinaikkan, jika bercakap orang akan mendengar,
akan terselamat daripada bencana.
Untuk menolak bala dan bencana
Jika dibaca surah al-fatihah sebelum tidur diikuti
surah al-ikhlas , surah al-falaq dan surah an-nas, maka akan terjaga dirinya
daripada bahaya sewaktu tidur.
Memudahkan rezeki dan kejayaan
Amalkan membaca 20x surah al-fatihah selepas selesai
solat fardhu secara berterusan (tanpa diselang seli kata-kata) insyaAllah akan
dimudahkan rezekinya, terjaga daripada sebarang bahaya dan dimuliakan oleh
masyarakat sekeliling serta tercapai hajatnya.
Menghilangkan kesusahan
Baca 7x surah al-fatihah selepas selesai solat fardu,
maka diberikan kebaikan dan dibuang kesusahan dari dirinya sama ada kesusahan
dunia mahupun akhirat.
Ubat segala penyakit
Al kisah dari ibnu abbas r.a. ketika sayyidina hassan
bin ali r.a. sakit, rasulullah SAW telah membaca surah al-fatihah pada air
sebanyak 40x kemudian baginda menyapukan air itu ke muka, kepala, tapak kaki
dan tangan cucunya hassan. Dengan izin Allah penyakit itu pun sembuh.
Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah
al-fatihah sebanyak 121x dengan khusuk dan ditiup pada rantai sebanyak 10x,
insyaAllah dapat terlepas daripada ikatan.
Penawar sengatan kala
Bacakan surah al-fatihah sebanak 7x pada bekas putih
berisi campuran air dan sedikit garam lalu diberi minum pada mangsa sengatan
kala, insyaAllah akan sembuh.
Malah terdapat banyak lagi KHASIAT DAN FADHILAT surah
al-fatihah yang tidak dapat dimuatkan pada tulisan saya ini. Apa yang penting
adalah keyakinan anda dalam mengamalkannya. Yakin sesunggunhnya Allah jualah
yang memperkenankan apa sahaja pemintaan hamba-hambanya.
“Al-fatihah itu menjadi ubat
tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.”
Jom amalkan-saallaluna
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment :D