expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 13 July 2015

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEBELUM BERCUTI PANJANG






Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  
Sebagaimana yang sedia maklum kite semua sibuk menguruskan hal hal berkaitan sambutan hari raya maklumla cuti panjang.Tapi kita perlu igt selain rumah, pejabat atau tempat kerja juga perlu kite jaga.
Almaklum musim sekarang ramai betul manusia tgn panjang..heheh

jom kite share langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh korang bagi memastikan keselamatan pejabat/rumah/bilik dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.


1.     Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.



2.     Pastikan tiada  barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.



3.     Matikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.



4.     Matikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.



5.     Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.






6.     Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.
 


7.     Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.Kalau kat rumah of coz pintu belakang kot (kalau rumah saye).


8.    Pastikan kenderaan (kalau lebih dari satu kereta ) tidak diletakkan di tempat yang dilarang / menghalang laluan kecemasan.




9.   Pastikan barang / peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam tempat yang selamat.



10.    Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.


Semoga kite dpt mengelak dari perkara yg tak diingini berlaku.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin.Ingt sebelum balik jgn lupe hantar kereta servis ye..

bye 
#saallaluna

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment :D