Apakah
Cara Makan Yang Betul ? Ada
sesetengah orang yang makan hanya untuk mengisi
perut mereka. Ada juga yang makan bagaikan tiada
hari esok untuk makan lagi. Jangan
ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara
makan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan
memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga
akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah,
hinggakan semua orang akan mengagumi anda! Ikuti
Panduan
Piramid Makanan! Ia satu cara yang seronok
dan senang untuk mendapat diet yang seimbang. Piramid
ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan
daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu
anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. Senang
sahaja � mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya!
Berapa
Banyak Anda Harus Makan?
Makan mengikut keperluan fizikal anda.
Jika anda sangat aktif dalam sukan dan
permainan, anda harus makan lebih banyak.
Jika anda tidak begitu aktif, anda harus
kurangkan makan.
Bertenaga
Dengan Bijirin Dan Ubi Nasi,
mi, roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat
yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda!
Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan
yang bagus! Makanan seperti ini harus menjadi sumber
tenaga anda yang utama. Makanan ini juga mengandungi
sejenis karbohidrat khas, dipanggil serat, yang
amat penting untuk kesihatan anda.
Serat
Menentang Penyakit Jantung
Serat
ialah sejenis karbohidrat yang terdapat
dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan
dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah
sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa
toksik daripada badan anda. Ia juga
mencegah penyakit jantung, suatu penyakit
yang bermula pada umur anda. Tahukah
anda bahawa penyakit jantung boleh bermula
pada umur anda? Mengambil terlalu banyak
lemak, terlalu sedikit serat, merokok
dan tidak bersenam � semua ini boleh
menyebabkan saluran darah ke jantung
anda tersumbat ! Proses ini berlaku
dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya�.sehingga
anda diserang sakit jantung beberapa
tahun kemudian. Makan
banyak serat boleh membantu menjaga
saluran darah yang sihat dan mengelakkan
daripada tersumbat. Anda juga mesti
menjaga berat badan yang sihat, jangan
merokok dan mengamalkan cara hidup yang
cergas.
Kuasa
Kekacang Kekacang
adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih
pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau,
kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini
juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan
anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang! Buah-Buahan
enak ! Buah-buahan
membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi
badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa.
Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya,
boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga
mengandungi serat. Makanlah
banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk
menjadi sihat! Sayuran
sihat ! Sayur-sayuran
juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang
boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna.
Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga
tinggi kandungan serat. Buatlah
pilihan bijak � makan sayur-sayuran yang pelbagai
warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus
atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus. Susu
Pilihan Bagus! Susu
bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu
juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina
badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting.
Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh
membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak
mudah patah kemudian hari nanti. Sama
ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu
biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau
sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan
dapatkan khasiatnya. Makanlah
Daging Daging
dan ikan mengandungi protein untuk membina otot
dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga
merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium
dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan
anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian
fizikal dan mental anda. Lemak
Penting Juga! Lemak adalah penting kerana ia adalah
sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan
tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien
lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.
Akan
tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti
yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak
adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak
mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh
menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan
(dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir)
dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa)
boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan
lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung. Kurangkan
Garam, Gula & Bahan Pengawet Jika
anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses,
anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam
adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak
gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala
sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan
penyakit kanser. Jadi,
ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang
garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa
yang segar dan semulajadi!
Seronok
Bersnek
Mengambil snek adalah
cara yang baik untuk sentiasa bertenaga,
cergas dan bersemangat sepanjang hari.
Pilihlah snek yang enak lagi berkhasiat.
Di sini ada beberapa idea untuk snek yang
lazat: sandwic ringkas, biskut, sekeping
keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran
mentah (seperti lobak kecil atau tomato
ceri) atau segelas susu. Yumm�betapa menyelerakan
snek-snek ini!
semalam saia sangat buntu dan tidak tentu arah.pelbagai masalah di dalam kepala.tapi semuanya berkaitan kerja..so alhamdullillah setelah berzikir kepada Allah..Allah telah mententeramkan hati saia.