Assalamualaikum.. Good morning semua..
Saje nk share trip kami ke Pulau Perhentian 21-22 Mac 2015 Actually sempena my 1st year wedding anniversary dan wedding my bff aritu.Tak sempat nk post kat blog..bizi amat..
Last time kami pergi ke Pulau Perhentian Kecil dan menginap di Yellow House.Sumber dari Facebook percutian budget .Kami bayar RM195 2h1mseorang utk trip tersebut termasuk bot pergi balik, snokeling dan makan. Yellow house tu konsep die macam asrama.Dlm satu rumah tu ade byk bilik.Selesa jugak siap ade aircond..Alhamdulillah kami sampai around 10.30 pagi. so terus naik boat kul 11pg.
jom cuci mata.
Jetty kuala besut.
ni hero kami. epi dan apiz
kami pergi 4 org sahaja.sweet sweet couple gitu
Tgk tu..Subhanallah cantik kan..permandangan sekitar jetty.rase nk terjun je terus
Selamat Datang ke Perhentian kecil.aka kg nelayan
pilih je nk ke mana.kami ambik ke kanan.
Ni la Yellow House yang tpt kami Checkin.Ramai tauuuu boleh sumbat dlm ni.
Time ni ramai jugak dtg checkin sini.kate bajet kan.. so jom beratur.hihi
Yellow house ni dekat sangat dengan masjid.Menurut makcik kt kg ni.5 tahun baru siap masjid ni..lawaaaaa.senang nk berjemaah jln kaki 1 minit je dah sampai.
oke semua dah kenyang.. lepas lunch.kami siap2 nk g snokeling.5 checkpoint..huuu tak sabarnye
ni famous jugak .tpt air sejuk..fuuu macam mandi ais.Menurut abg bot.Nelayan2 akan paking bot kt sini untuk mandi, ambik air sejuk ni utk kegunaan dorang.
sejukkk...
Da setel snokeling kami jalan2 pusing kampung. seronok tgk anak2 pulau.kat kg ni best siap ade jual ayam favorite sy ayam goreng crispy.yeayyy
ni permandangan kt kg.penuh dgn bot nelayan.Cantik sangat.
Malam kat sini biasa-biasa aje.so kami lepak ngn budak2 kecik g ni.tgk dorang main2.sume lasak2 laaa.but still cute dan peramah sangat.sampai kami pun join sekali.
Semua dah kepenatan.dalam jam 11 malam kami dah lena dibuai mimpi indah..haha
Keesokan harinya.. Kami bangun awal nk tgk sunrise (konon)..Ape apehal breakfast dulu.kawan sy ni terkejut pepagi dah breakfast nasi.ahhaha
Semua dah menikmati breakfast masing2.jom time to selfie.(muka pagi semua belum mandi.)haha
Tgk pakcik2 tu.awal2 pagi dah turun mencari rezeki.Moga Allah murahkan rezeki mereka.amin
Semua dah kenyang selfie.Kami siap2 nk pegi mandi pantai.Sebab bot balik jam 2 petang.so kena bertindak pantas.
Kemain seronok mereka mandi manda yaaaa
Sempat shoot untuk my project. #saallalunaproject
Happy 1st year wedding anniversary Fairdaus-Shahidatul .Semoga hubungan kite kekal till jannah dan dimurahkan rezeki.amin.
ni laluan.kemain lagi kalau jatuh ni..hahah
So semua dah puas mandi.time to kemas2 baju semua.nk balik dah.yeayy..kena selfie dulu yee.
macam kuat sangat.heheh oh suamiku.
zety nk sangat selfie kat jambatan ni..hahah
ok dah naik boat jam 2 ptg.time tu pulang.panjang lagi perjalanan ke Kuantan
lebar senyum bak hang
so kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan.Kena agak cepat jugak sbb bas si Apiz balik JB kul 10 malam. Mase otw lepas jetty nampak org jual tembikai murah katanye.RM1 sekilo.apa lagi benti belila..
Bermulahlah parti buah tembikai dalam kereta.
sampai camtu gaya nya makan tembikai.byk si apiz ni beli.Tembikai besar sebiji.yg utk dlm kete separuh.Nampak tembikai susu beli lagi sebiji.mkn lagi dalam kereta.hahahah seronok sangat.
Alhamdulillah dalam jam 9 mlm kami sampai kuantan. So terus ke terminal anta si apiz balik JB dgn 2 biji buah termbikai hasil shopping tadi..hahah
Allhamdullilah semua happy dan mmg nk repeat lagi next trip.So kite kumpul duit dulu byk2.pastukte jalan lagi ye...bye.jumpe di lain post plak.
#saallaluna
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment :D