expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 13 July 2015

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEBELUM BERCUTI PANJANG






Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  
Sebagaimana yang sedia maklum kite semua sibuk menguruskan hal hal berkaitan sambutan hari raya maklumla cuti panjang.Tapi kita perlu igt selain rumah, pejabat atau tempat kerja juga perlu kite jaga.
Almaklum musim sekarang ramai betul manusia tgn panjang..heheh

jom kite share langkah-langkah keselamatan berpatutan yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh korang bagi memastikan keselamatan pejabat/rumah/bilik dan sebagainya tidak terdedah kepada ancaman kecurian/kebakaran atau risiko-risiko lain.


1.     Pastikan semua pintu/tingkap/kabinet pejabat ditutup dan dikunci.



2.     Pastikan tiada  barang-barang atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti mancis api, minyak petrol, kertas-kertas usang atau apa-apa jua yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran di dalam pejabat.



3.     Matikan punca elektrik yang disambungkan kepada komputer, printer, scanner, LCD, pengecas bateri telefon bimbit, telefon biasa, cerek elektrik, radio/mini kompo, TV, perakam video dan sebagainya.



4.     Matikan punca elektrik bagi alat hawa dingin yang tidak diperlukan.



5.     Jangan tinggalkan barang-barang berharga peribadi di pejabat/tempat kerja seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, komputer peribadi dan lain-lain.






6.     Pastikan pili/paip air ditutup ketat/kemas agar tidak berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan banjir di pejabat dan merosakkan peralatan.
 


7.     Pastikan laluan-laluan kecemasan dan pintu kecemasan di pejabat tidak terhalang.Kalau kat rumah of coz pintu belakang kot (kalau rumah saye).


8.    Pastikan kenderaan (kalau lebih dari satu kereta ) tidak diletakkan di tempat yang dilarang / menghalang laluan kecemasan.




9.   Pastikan barang / peralatan berharga tidak disimpan di dalam kenderaan. Sila keluarkan dan simpan di dalam tempat yang selamat.



10.    Penyimpanan komputer peribadi di dalam kenderaan adalah dilarang sama sekali. Ini kerana pencuri dapat mengesan adanya komputer walalupun di dalam bonet kereta melalui alat pengesan bateri.


Semoga kite dpt mengelak dari perkara yg tak diingini berlaku.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir batin.Ingt sebelum balik jgn lupe hantar kereta servis ye..

bye 
#saallaluna

Sunday 12 July 2015

#throwback Kembara Pahang Fm bersama pelajar UMP di Kg.Budu K.lipis



Assalamualaikum.

Saje nk share version #throwback aktiviti-aktiviti sepanjang menguruskan pelajar antarabangsa. Seronok bawak dorang terutama masuk kampung.haha kalau boleh mata tu terbeliak sampai terkeluarlah sbb seronok sangat.haha 

Pada  28 hingga 30 Jun2013 yang lalU.Seramai 37 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) termasuk lapan pelajar antarabangsa mengambil peluang cuti semester pengajian dengan berkampung selama tiga hari di Kampung Budu bagi menjayakan Program Kembara Radio Malaysia Pahang FM Bersama UMP yang mendapat kerjasama daripada pihak Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) .

Memang meriah sambutan org kampung untuk program ni. #dasyat



Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Program motivasi untuk pelajar yang bakal menjalani peperiksaan SPM. Pada program tersebut, pelajar dibahagiakan beberapa kumpulan bagi menjalankan aktiviti termasuklah dalam membantu menjayakan program motivasi di kalangan 80 pelajar SMK Panglima Garang yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).



Lain-lain termasuklah kuiz radio, pertandingan memasak menu ikan tawar, lawatan industri desa dan sukan bola sepak persahabatan bagi merapatkan hubungan baik antara para peserta dan penduduk Kampung Budu, Kampung Chat dan Peruang. 
Hadir merasmikan program Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Pahang, Dato' Ir. Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak yang hadir bersama Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim  dan Timbalan Naib canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin. 
Program turut disertai Ketua Bahagian Rancangan RTM Pahang, Norasmihan Mansor dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Budu, Kamarzaman Kamaludin.



Ini juga merupakan peluang keemasan kepada para peserta untuk memasyarakatkan diri mereka melalui pelbagai aktiviti yang diatur serta tinggal tinggal bersama keluarga angkat.Mereka berpeluang merasai pengalaman tinggal di kampung yg berbeza bahasa budaya dan pengalaman baru bagi mereka.









Banyak aktiviti yang dianjurkan.memang seronok walaupun saya pergi sebagai pegawai bertugas pada program tersebut.(tak pernah jugak join program kampung hehe) 

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah program motivasi pelajar, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, sukarelawan mengecat Pusat Sumber di kampung Budu, kenduri rakyat dan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Nurhamizi Jamaluddin dari Jabatan Agama Islam (JAIP).

Lain-lain termasuklah kuiz radio, pertandingan memasak menu ikan tawar, lawatan industri desa dan sukan bola sepak persahabatan bagi merapatkan hubungan baik antara para peserta dan penduduk Kampung Budu, Kampung Chat dan Peruang. 













Kesemua pelajar antarabangsa yang menyertai program tersebut terdiri daripada negara Iraq, Pakistan, Bangladesh dan India berasa seronok kerana berpeluang menyelami kehidupan masyarakat di kampung serta dapat menyertai permainan sukan rakyat.


Mereka juga dapat menikmati juadah istimewa masakan masyarakat desa yang bertungkus lumus memasak makanan yang cukup emmmphh. dalam pertandingan memasak gulai ikan patin tempoyak.

Sy pun agak terkejut sbb dorang makan semua masakan pahang terutama masakan PATIN.Sy pun tak berape gemar sbb ade yg lembik2 tuh.heee.tp lepas rase masakan makcik2 kat sini fuhhh im fallin in love with Patin.
















Pada program ini juga pelajar berpeluang bertemu dengan masyarakat kampung yang terdiri di kalangan pengusaha gula kabong dan pengusaha industri sambal hitam yang terkenal di negeri Pahang. Kami ikut pakcik pergi ke hutan untuk collect buah kabong.Ya Allah risiko yang amat. Betapa pengorbanan seorang ayah mencari rezeki untuk keluarga.Kebanyakan org kampung di kawasan ni mengusahakan perniaagaan gula kabong.Memang sedap makan macam tu je...Byk kami borong..








Lebih meriah, penduduk kampung disajikan persembahan kenangan mengusik jiwa dengan penampilan artis veteran, Dato’ Jeffrydin dan Ruzaini A. Ramli diiringi kombo RTM Pahang yang berlangsung pada sebelah malamnya.







Alhamdulillah selesai program 3 hari bersama org Kg Budu dan pelajar UMP.Terima kasih di atas layanan yang diberikan dan yang penting makanan memang OHSEM. So kalau korang nk buat program homestay sangat di alu alukan... Boleh hubungi Tourism Malaysia sbb dorang ade senarai person in charge untuk program homestay..

Banyak lagi nk #throwback .....bye bye