expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 25 June 2015

Masak mee Tomyam senang gile...

Assalamualaikum semua.Selamat menjalankan ibadah puasa.

Hari ni nk share cara masak tomyam paling senang .Actually ni first time sy masak sbb saya memang tak suke tomyam.Tapi demi tekak suami sy cuba masakkan.(padahal mmg tak pandai masak)
ha ha ha :)

oke bahan2 senang je:

BAHAN A

1.gula
2.garam
3. kiub tomyam
4.cuka
5.daun limau purut
6. mee/mee hoon/nasi
7.ayam/isi ketam/dgg/seafood(terpulang pada tekak masing2)
8.Sayur(lobak/bunga kubis/dll)
9.tomato

BAHAN B

1.Bawang kecik/besar (sy guna separuh sbb guna bawang besar)
2.Bawang putih( sy guna 5 ulas bawang putih)
3.serai
4.cili (ikut kepedasan yg korang suke)
(dihiris sahaja)

Mula2..

1.Panaskan minyak dalam periuk utk tumis bahan B.
Jangan lama sangat naaa bawang putih cepat garing.




2.Masukkan kiub tomyam.Saya guna 4 ketul sebab terlebih air n nk bg rasa kaw kaw kaw.Biasa 2 kiub oke dah..




3. Masukkan air .tunggu sehingga mendidih

4.Masukkan serai (alamak lupe snap gambar serai)

5.Masukkan isi ayam/isi ketam/seafood dan sewaktu dengannya.



6.Masukkan garam (agak2 )




7.Masukkan gula(penambah kemanisan)


8.Masukkan cuka(tambah kemasaman )




10. Masukkan sayur(lobak/bunga kubis..sukehatilah)




11.Masukkan tomato



12. Masukkan daun limau purut.Pastu husband ckp ├Żang kasi kaw skt.so sy masukkan sampai 5 helai daun limau purut..
Biasanya orang masuk awal kan.sy kes lambat sebab daun limau purut habis.so kena tunggu suami balik keje.Die belikan.heeeeeeeee

(gambar ni search kat google.sbb lupe nk snap.kot kot de tak kenal daun limau purut)

13. Sy guna mee hoon.So rendam air panas aje dan tos kan


13. SIAP! Alhamdulillah suami ckp sedap.. (berani ckp tak sedap).hahahahah



nanti kite share lagi okey.. especially for yg baru acah2 nk masak cm saya.
#saallaluna

Thursday, 18 June 2015

Ape target korang bulan puasa ni???

Assalamualaikum..
Selamat menjalankan ibadah puasa.. 
Macam tahun2 sebelum ni korang perasan tak seperti menjadi tabiat kite untuk post gambar2 makanan, tpt makanan yang best dan macam2lah.Sedar tak kita gambar2 itu dalam diam mengguris hati orang yang kurang bernasib baik.Kadangkala saya sendiri pun terlupa akan hal tersebut akibat terlalu taksub nak menunjuk nunjuk..Astagfirullahalazim......Insyallah tahun ini akan sentiasa mengingati perkara tersebut dan elak melakukannya..
Dan juga target yang sangat famous iaitu SAYA NAK KURUS sentiasa terpahat di hati.betul tak?(ngaku jela) 
Orang kata kalau nk berjaya kena perlu cuba sedaya upaya walaupun agak payah.. Insyallah we try it first.Tahun ni kami suami isteri sebulat suara setuju dengan beberapa perkara:
Yang pertama: hanya RM10 SEHARI..Agaknya cukup tak?Maklumlah barang2 makanan harga semua dah naik.Kite cuba ye.Berbelanja secara bersederhana.
Mungkin beli Murtabak RM3 + kuih 2 jenis RM4 + Lauk RM3 (utk sahur)

kuih favorite ni..

hahah agak payah tu.tp mmg nk cuba.. Bak kata husband sy air minum ape yg ade kat rumah je.So kalau ade yang nk belanje tu kira bonus puasalahh..hahah
Yang kedua:  NO RICE
Disebabkan kami comel sangat sekarang, dua dua setuju nk diet nasi.moga2 slim skt raya nanti.Tp jangan pulak 1st raya dah makan macam org 5 tahun tak makan.



Yang ketiga: No Ice
Same jugak dengan NO rice. ais memang tak elok untuk kesihatan.Tapi dugaan kuat puasa ni ais la paling penting.so untuk elak minum jgn beli terus.Jgn simpan mineral dlm peti.. order or buat air yang boleh kenyangkan .tp jgn selalu nnti lbh kolestrol plak..


KAMI NK KURUS...

Yang keempat: Insyallah akan cuba ke terawih sepanjang ramadhan kecuali (untuk perempuan la)..
Insyallah semoga Allah bukak pintu hati lembutkan hati untuk melakukan aktiviti keagamaan sepanjang ramadhan.




Setakat ni baru 4 perkara yang telah dibincangkan.haha Yang lain belum lagi terpikir.Korang bace mmg nampak cam senang as kacang je kan.tp nk laksanakan kemain payah tuuu... Jom same2 kite laksanakan bukan pada ramadhan shj dan bulan2 seterusnya.Amin


Salam Ramadhan semua!



#saallaluna

Sunday, 7 June 2015

Jom ke Pulau Perhentian. Last minit plan

Assalamualaikum.. Good morning semua..

Saje nk share trip kami ke Pulau Perhentian 21-22 Mac 2015 Actually sempena my 1st year wedding anniversary dan wedding my bff aritu.Tak sempat nk post kat blog..bizi amat..

Last time kami pergi ke Pulau Perhentian Kecil dan menginap di Yellow House.Sumber dari Facebook percutian budget .Kami bayar RM195 2h1mseorang utk trip tersebut termasuk bot pergi balik, snokeling dan makan. Yellow house tu konsep die macam asrama.Dlm satu rumah tu ade byk bilik.Selesa jugak siap ade aircond..Alhamdulillah kami sampai around 10.30 pagi. so terus naik boat kul 11pg.

 jom cuci mata. 

Jetty kuala besut. 

ni hero kami. epi dan apiz


kami pergi 4 org sahaja.sweet sweet couple gitu


Tgk tu..Subhanallah cantik kan..permandangan sekitar jetty.rase nk terjun je terus

Selamat Datang ke Perhentian kecil.aka kg nelayan


pilih je nk ke mana.kami ambik ke kanan.


Ni la Yellow House yang tpt kami Checkin.Ramai tauuuu boleh sumbat dlm ni.

Time ni ramai jugak dtg checkin sini.kate bajet kan.. so jom beratur.hihi
Yellow house ni dekat sangat dengan masjid.Menurut makcik kt kg ni.5 tahun baru siap masjid ni..lawaaaaa.senang nk berjemaah jln kaki 1 minit  je dah sampai.

oke semua dah kenyang.. lepas lunch.kami siap2 nk g snokeling.5 checkpoint..huuu tak sabarnye




ni famous jugak .tpt air sejuk..fuuu macam mandi ais.Menurut abg bot.Nelayan2 akan paking bot kt  sini untuk  mandi, ambik air sejuk ni utk kegunaan dorang.

sejukkk...

Da setel snokeling kami jalan2 pusing kampung. seronok tgk anak2 pulau.kat kg ni best siap ade jual ayam favorite sy ayam goreng crispy.yeayyy



ni permandangan kt kg.penuh dgn bot nelayan.Cantik sangat.


Malam kat sini biasa-biasa aje.so kami lepak ngn budak2 kecik g ni.tgk dorang main2.sume lasak2 laaa.but still cute dan peramah sangat.sampai kami pun join sekali.
Semua dah kepenatan.dalam jam 11 malam kami dah lena dibuai mimpi indah..haha

Keesokan harinya.. Kami bangun awal nk tgk sunrise (konon)..Ape apehal breakfast dulu.kawan sy ni terkejut pepagi dah breakfast nasi.ahhaha 



Semua dah menikmati breakfast masing2.jom time to selfie.(muka pagi semua belum mandi.)haha


Tgk pakcik2 tu.awal2 pagi dah turun mencari rezeki.Moga Allah murahkan rezeki mereka.amin




Semua dah kenyang selfie.Kami siap2 nk pegi mandi pantai.Sebab bot balik jam 2 petang.so kena bertindak pantas.






Kemain seronok mereka mandi manda yaaaa

Sempat shoot untuk my project. #saallalunaproject


Happy 1st year wedding anniversary Fairdaus-Shahidatul .Semoga hubungan kite kekal till jannah dan dimurahkan rezeki.amin.

ni laluan.kemain lagi kalau jatuh ni..hahah
So semua dah puas mandi.time to kemas2 baju semua.nk balik dah.yeayy..kena selfie dulu yee.

macam kuat sangat.heheh oh suamiku.



zety nk sangat selfie kat jambatan ni..hahah


ok dah naik boat jam 2 ptg.time tu pulang.panjang lagi perjalanan ke Kuantan




lebar senyum bak hang

so kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan.Kena agak cepat jugak sbb bas si Apiz balik JB kul 10 malam. Mase otw lepas jetty nampak org jual tembikai murah katanye.RM1 sekilo.apa lagi benti belila..

Bermulahlah parti buah tembikai dalam kereta.


sampai camtu gaya nya makan tembikai.byk si apiz ni beli.Tembikai besar sebiji.yg utk dlm kete separuh.Nampak tembikai susu beli lagi sebiji.mkn lagi dalam kereta.hahahah seronok sangat.
Alhamdulillah dalam jam 9 mlm kami sampai kuantan. So terus ke terminal anta si apiz balik JB dgn 2 biji buah termbikai hasil shopping tadi..hahah

Allhamdullilah semua happy dan mmg nk repeat lagi next trip.So kite kumpul duit dulu byk2.pastukte jalan lagi ye...bye.jumpe di lain post plak.

#saallaluna